Posts

Showing posts from May, 2024

THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024

Image
Selepas 18 tahun! Ya … 18 tahun berehat atau berada dalam hiatus, kumpulan THE  A.C.A.B kembali bertemu peminat dengan sebuah persembahan khas yang dinamakan  THIS IS THE A.C.A.B. - INDIE NOSTALGIC SHOWCASE 2024. Merawat kerinduan  pengikut muzik mereka dan kembali bertemu dengan sahabat-sahabat industri,  showcase ini akan diadakan di di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara pada  pukul 8.30 malam di tarikh 1 Jun 2024.   Untuk The A.C.A.B ini merupakan momen yang dinanti-nantikan kerana sudah lama mereka berkeinginan untuk bertemu sahabat dan pengikut muzik mereka.   “Kami berharap para peminat muzik dan band kami akan berkumpul pada malam  tersebut untuk bersama-sama bernostalgia dengan lagu-lagu kami. Inilah masanya  untuk berkumpul semula kerana showcase ini akan diadakan hanya satu malam sahaja  di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara. Dapatkan tiket segera kerana tiket  early bird sudah habis dijual,” ujar Megat mewakili kumpulan yang turut merupakan  penganjur bagi