MFWS 2024 Lancarkan Komuniti Pengusaha Perempuan Antarabangsa di Malaysia: Kembangkan Perniagaan dengan Kolaborasi

Oleh: Norazni Ismail. KUALA LUMPUR 10 FEBRUARI 2024- Setelah diantisipasi sejak tahun lalu, Modest Fashion & Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 akhirnya dilancar. Berlangsung pada 8 dan 9 Februari 2024 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, Malaysia, MFWS 2024 menampilkan 13 tokoh pengusaha dan pemimpin perempuan serta 12 jenama modest fashion dari berbagai negara. Pada pelancaran pertamanya ini, MFWS 2024 mewujudkan misi besar untuk membangun komuniti pengusaha perempuan international (International Womenpreneur Community). Komuniti ini berguna untuk mengumpulkan pengusaha perempuan dari seluruh dunia dan segala macam sektor perniagaan demi mencipta sebuah ' support system' untuk membantu pertumbuhan perniagaan satu sama lain. Dalam rangka mewujudkan misi tersebut, MFWS 2024 sendiri berkolaborasi dengan berbagai pihak yang memiliki tarikan serupa dalam dunia kewirausahaan perempuan. Salah satu yang memberikan sokongan paling signifikan adalah jenama kecantikan ternama a...