Posts

Showing posts from April, 2021

Search X Akim Bakal Gegar Melaka 10 April Ini

Image
 Meskipun sudah dua kali kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Dalam tempoh itu, pelbagai keluhan dapat disaksikan terutama daripada penggiat seni nyanyian yang tidak dapat beraksi di pentas terbuka seperti konsert besar dan sesi bertemu peminat. Sungguh pun sedemikian, kerajaan tetap peka malah memberikan lampu hijau agar penggiat seni dapat meneruskan kelangsungan hidup namun perlu akur dengan SOP yang diberikan. Bertitik tolak dari itu maka pihak Playmad Sdn Bhd akan menganjurkan showcase Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Pengunduran Amy sebagai vokalis kumpulan rock legenda, Search, Mac tahun alu, tidak mematahkan semangat band itu untuk meneruskan perjuangan mereka. Showcase Rockology Malaysian Tour 2021 yang menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din (gitar), Kid (gitar), Pae (dram) dan Galang (bassist) bers