Posts

Showing posts from November, 2020

Tribute Istimewa Emma Sempena 30 Tahun Penubuhan Revolusi

Image
  Klimaks kepada wirama rock di Malaysia sekitar tahun 80an dimana pelbagai jenama rock mula muncul ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, namun kekuatan sesebuah jentera itu bergantung kepada album mahupun muzik yang mereka garapkan.  Tidak hairanlah jika kumpulan Revolusi juga menjadi antara jenama yang sentiasa menerawang di minda peminat muzik tegar rock. Setelah 30 tahun mencipta jenama sendiri, Revolusi wajar mendabik dada kerana masih utuh menjulang panji-panji kendiri apatah lagi masih lagi kekal dengan anggota asal yang masih aktif bermain muzik biarpun hanya sekadar berada di belakang tabir serta melakukan kerja-kerja hakiki demi meneruskan kehidupan. Menoleh seketika ke belakang bagaimana Revolusi yang di asaskan oleh Yazeed pada tahun 1987 yang bertindak sebagai pemain drum telah mengumpulkan barisan penggempur iaitu Roslan Jantan – bassis, Zul Haidi – gitaris, Mohd Saidin-gitaris dan Rahimah selaku vokalis. Tahun 1990 merupakan tahun yang cukup bermakna buat Revo