RYAN DEEDAT AJAK BERDANSA DENGAN ‘MONALISA’

Hampir 10 tahun berkecimpung dalam arena muzik tempatan, penyanyi dan komposer Ryan Deedat semakin selesa dengan hala tuju muziknya. Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini memulakan kerjaya nyanyiannya bersama kumpulan alternatif rock RVL sejak tahun 2010. Bersama kumpulan RVL, Ryan pernah beraksi sebagai pembuka tirai dalam konsert-konsert artis antarabangsa seperti Simple Plan, Against The Current, Tiffany Alvord, Jason Chen, Megan Nicole, Clara C dan artis K-Pop, Alexander dari kumpulan “U-KISS”. Namun sejak bergerak solo pada tahun 2017, nama Ryan semakin dikenali peminat muzik. Menerusi single debut ‘Salimah’, Ryan berjaya menempa nama apabila gandingannya bersama Allahyarham Sandra Dianne dalam lagu ‘Salimah’ mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menjuarai carta radio dan tersenarai dalam cara platform digital seperti Joox. Selepas kejayaan ‘Salimah’, Ryan juga pernah muncul dengan beberapa single seperti ‘Propa’ (2019) dan ‘Menari Dalam Gelap’ (2020). Bagi m...